Jumaat, 2 Oktober 2015

Jambu

Posted: 16 Sep 2015 11:30 PM PDT

Sudah pasti ramai antara kita menyukai buah jambu air atau jambu madu ini. Seperti kita ketahui kebanyakkan buah-buah jambu ini akan dibiakkan melalui biji atau secara tampang.

Tetapi tahukah anda pembiakan melalui biji tidak disyorkan kerana menimbulkan masalah ketulenan baka. Biasanya Kaedah tut dan cantuman lebih diutamakan kerana tumbesarannya cepat.

Namun kali ini kami akan berkongsikan kepada anda satu cara lain untuk menanam buah jambu ini yang mudah dan berkesan selain menghasilkan anak benih yang lebih baik.




Bahan-bahan yang perlu adalah

1. Gunting dan pisau yang tajam


2. Span dipotong berbentuk dadu seperti dibawah


3. Tray semaian ( Boleh dibeli atau dibuat sendiri)


4. Baja hidroponik jenis serbuk dan cecair


5. Campuran sekam bakar dan baja cocopeat( Sabut kelapa yang sudah dihancurkan) dengan nisbah 2:1


Berikut adalah langkah-langkah untuk proses semaian.

1. Gunakan gunting untuk mengambil pucuk pokok dan potongan seperti dibawah. Jika pucuk berkenaan diambil dari tempat yang jauh pastikan ia sentiasa lembab dan tidak kering.




2. Isikan air sebanyak 4 liter ke dalam bekas dan masukkan baja hidroponik jenis cecair sebanyak 40cc/4 liter air.
3. Kemudian rendamkan seketika pucuk berkenaan di dalam air.


4. Selepas itu celup hujung pangkal pucuk tadi ke dalam baja hidroponik jenis serbuk dan cucukkan kepada span.



5. Letak pucuk semaian tadi ke dalam bekas semaiaan dengan air baja untuk rendam pucuk tadi dituang ke dalam lubang tray untuk diresap oleh span. Biarkan sehingga tumbuh akar(Pastikan air tidak kering)


6. Biarkan selama beberapa hari hingga akar tumbuh seperti dibawah.



7. Apabila akar sudah tumbuh, anda sudah boleh tanggalkan span tadi, pindahkan benih berkenaan ke dalam pasu kecil yang berisi campuran sekam dan cocopeat. Biarkan selama seminggu. Siram dua kali sehari.




8.  Selepas seminggu anda sudah boleh pindahkan anak pokok tadi ke dalam pasu lebih besar atau polybag.

Tips: Tanah yang terbaik adalah tanah lembab yang diambil dari kedalaman 1 meter.

Gambar 1. Selepas benih dipindahkan
Gamabr 2. Tanaman sedang membasar
Gamabr 3. Anak pokok tumbuh dengan sihat





9. Apabila anak pokok sudah membesar anda bolehlah menanamnya di tempat terbuka. Hasilnya sudah pasti amat menakjubkan kerana cara tanaman yang dikongsikan ini adalah cara tanaman pokok jambu yang paling berkesan untuk menghasilkan benih yang terbaik. - Siakapkeli.my




Berjaya

  1. Anda minat pada apa yang anda usahakan

    Seringkali, mereka yang berjaya minat dan suka sangat pada apa yang mereka lakukan. Kerja umpama hobi yang tidak terasa penat lelah berhadapan dengannya.
    Anda faham kekuatan dan terima kelemahan diri

  2. Mereka yang berjaya menggunakan kekuatan diri untuk kehadapan, namun tidak ego dan akui kelemahan yang ada pada diri sendiri dan sentiasa usaha memperbaiki kelemahan tersebut.
  3. Anda mengaku sekiranya anda tersilap

    Sekiranya anda melakukan kesilapan, anda akan mengakuinya dan tidak menuding jari pada orang lain atau memberi alasan. Menyalahkan orang lain dan memberi alasan tidak akan perbaiki diri sendiri.
  4. Anda seorang yang penyayang

    Anda mudah didekati orang lain dan anda saling menghormati dan sayang pada makhluk Allah swt. Anda akan rasa bahagia apabila melihat mereka di keliling anda bahagia. Itulah kunci kejayaan.
  5. Anda mengambil tanggungjawab dan tidak menyalahkan orang lain

    Anda sanggup mengambil tanggungjawab walaupun yang besar dan sekiranya sesuatu terjadi anda menerima tanggungjawan tersebut adalah tanggungjawab anda dan bukan salah orang lain.
  6. Anda suka sangat belajar perkara-perkara baru

    Anda tahu pentingnya mendalami ilmu dan anda berasa seronok mencari ilmu-ilmu baru dan cuba mengaplikasikannya dengan pantas.
  7. Anda sentiasa mempunyai matlamat untuk menjadi lebih baik

    Anda sentiasa terbayang bahawa diri anda boleh mencapai lebih lagi dari keadaan sekarang. Anda sering menolak diri anda untuk kehadapan dan menjadi lebih baik
  8. Anda banyak bertanya perkara yang anda tidak tahu

    Anda suka bertanya dan belajar dari bertanya. Anda tidak malu untuk bertanya kerana kalau malu bertanya, maka nanti jalan pula yang sesat!
  9. Anda jarang putus asa

    Anda menjadikan usaha sebagai tabiat dan tidak putus asa. Apabila terjumpa kesukaran, anda mengubah cara anda namun tetap tidak putus asa.
  10. Anda yakin pada diri sendiri

    Dan yang paling penting, mereka yang berjaya mempunyai keyakinan diri. Anda yakin anda boleh capai sesuatu yang hebat, mungkin walaupun belum nampak jalannya lagi… tetapi anda tetap yakin dalam hati bahawa satu hari nanti, matlamat anda pasti akan tercapai!
     http://www.irfankhairi.com/

daging yang bersih

1. Letak dalam peti

Biarkan daging lembut dan simpan di dalam peti. Mungkin anda rasa susah untuk masak jika daging masih beku, tetapi daging yang sudah disimpan di dalam peti lebih empuk dan mudah dipotong berbanding segar.
 
Langkah-langkah:
  • Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  • Rebus daging, simpan di dalam bekas tertutup rapat dan masukkan di dalam peti dan guna jika perlu.

2. Guna daun betik

Daun betik mengandungi enzim yang boleh empukkan daging. Caranya mudah, ramas daun betik muda hingga keluar getahnya, kemudian gunakan untuk membungkus daging.
 
Langkah-langkah:
  • Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  • Rebus daging (bergantung menu masakan).
  • Bungkus dengan daun betik muda yang sudah diramas, kemudian biarkan lebih kurang 1 jam sebelum dimasak.
  • Apabila daging sudah direbus, maka proses ini sekali gus membantu penyerapan rempah.
 

3. Cuci dengan nenas

Anda boleh menggunakan parutan nenas muda.Nenas mengandungi enzim yang boleh meleraikan serat-serat daging sehingga menjadi lebih empuk ketika dipotong.
 
Langkah-langkah:
  • Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  • Biarkan selama 30 minit sebelum dimasak.

4. Rebus dengan rempah

Cara menggunakannya mudah, setelah daging dicuci bersih, tabur daging cukup dengan rempah dan ramas. Biarkan beberapa saat, daging akan jauh lebih empuk.
 
Langkah-langkah:
  • Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  • Tabur daging dengan rempah sambil ramas tapi jangan sampai terlebih rempah, ya.
 
 
Semua cara yang yang kongsi ini dapat membantu melembutkan daging, anda boleh pilih salah satu cara yang paling praktis dan mudah.
MINGGUAN wanita