Ahad, 6 November 2016

Hukum Solat Taubat

Hukum Shalat Taubat

Syaikh Muhammad bin Shalih al ‘Utsaimin rahimahullah
Pertanyaan:
Apa hukum shalat taubat dan keshahihan dalil yang diriwayatkan tentangnya?
Jawaban:
Shalat taubat haditsnya dhoif (lemah), namun hadits ini memiliki pendukung yang menunjukkan amalan itu memiliki asal. Contohnya hadits Utsaman bin ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu ketika Beliau mempraktekkan wudhu Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam lalu dia berkata: Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam wudhu seperti wudhuku ini kemudian Beliau Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Barang siapa berwudhu seperti wudhuku ini kemudian shalat dua rakaat dengan khusyuk (tidak memikirkan urusan dunia dan yang tidak punya kaitan dengan shalat), maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Hadits ini menjadi riwayat pendukung yang menunjukkan bahwa seseorang ketika berwudhu dan memperbagus wudhunya kemudian shalat dua rakaat, maka Allah Ta’ala akan mengampuni dosa-dosanya yang lalu.
Shalat dalam hadits ini tidak dinamakan shalat taubat akan tetapi shalat Sunnah wudhu hanya saja diperoleh taubat dengan shalat ini.
Liqa’ al Bab al Maftuh 14

Jumaat, 21 Oktober 2016

Manusia sebagai Khalifah

Tidak Betul Istilah: MANUSIA KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI

MANUSIA KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI.
الإنسان خليفة الله في أرض
Perbincangan ini ana pilih sebagai suatu kajian atau penelitian kepada kata-kata (Khalifah Allah) yang masyhur dan sering kita dengar ini samada dari para ustaz, penceramah yang lama atau baru, juga orang ramai secara umumnya. Mari kita cuba membuka minda melihat secara rasional pandangan ulama’ yang dikemukakan dalam buku ini, apakah istilah ini betul dan  wajar digunakan atau tidak sepatutnya.
Buku ini bertajuk;
لا يصح أن يقال: “الإنسان خليفة الله في أرضه” فهي مقولة باطلة
“Tidak Betul Untuk mengatakan Manusia Adalah Khalifah Allah swt di Muka Bumi.” Ianya hasil tulisan  Dr Abdul Rahman Hasan Habannakah Al-Maidani.
[Lihat biodata beliau di: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=246646] atau [http://wasber.com/vb/showthread.php?t=7813] Beliau adalah anak kepada seorang tokoh ilmuan terkenal dari Syria.
Buku ini telah ditulis pada Bulan Zulhijjah  tahun 1410H di Makkah al-Mukarramah. Risalah ini ditulis untuk menyatakan Butlan (tidak betul) kata-kata yang mayhur di kalangan ramai para pendakwah..
Sheikh telah menghuraikannya dengan kajian ilmiah bahawa tidak betul dan tidak benar istilah tersebut, kerana ianya menyentuh persoalan keselamatan Aqidah Keimanan kepada Allah swt, tanpa disedari oleh orang yang mengucapkannya bahawa terdapat didalamnya makna yang fasid (rosak), tidak boleh secara sengaja melafazkannya.
Risalah ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian;
1)   Muqaddimah Umum:
Istilah ini telah diucapkan/ditulis tanpa meneliti maknanya, berfikir kepada isi kandungannya… kemudian ia telah menjadi tersebar luas hingga dianggap sebagai suatu yang diterima oleh ahli fikir…
2)   Al-Bayan Al-Tahlili/Penjelasan secara teliti.
Al-Istikhlaf (minta pengganti) mengandungi makna tafwidh (menyerahkan) orang yang mengganti (pengganti) bagi khalifah-Nya (kuasa-Nya) yang mengandungi ciri-ciri keistimewaan-Nya. Maka dakwaan bahawa Allah swt menjadikan manusia khalifah-Nya di muka bumi, yang menjadi milik-Nya swt, atau dalam harta yang Allah swt adalah pemilik langit dan bumi, merupakan sebuah dakwaan yang mengandungi makna; Allah swt menjadikannya khalifah dari-Nya, mempunyai beberapa ihtimalat (kemungkinan) yang berikut;
  1. a. Tafwidh / Penyerahan dalam menciptakan.
  2. b. Tafwidh / Penyerahan dalam hukum, suruhan dan larangan.
  3. c. Tafwidh / Penyerahan dalam kerja dan kuasa bertindak dalam alam semesta atau harta benda.
Tafwidh / Penyerahan: ialah memberi kuasa tanpa muhasabah (diaudit) dan diambil tindakan…
Khalifah adalah wakil, sama seperti penjawat asalnya, maka tidak boleh diambil tindakan ke atas wakil terhadap tindakannya dalam skop jawatan yang diberikan kepadanya. Jika tuan/ketua dia tidak thiqah (percaya) tentu dia tidak mewakilkannya…
Kemudian Sheikh telah menjelaskan secara terperinci setiap 3 perkara di atas dari ms10-20.
3)         Al-Khilafah mengandungi makna al-Wakalah.
Al-Khilafah ‘an Allah swt. Mengandungi makna mewakili dan tempat kembali..
4)         Semua hasil pengeluaran manusia samada yang dicipta atau rekaannya adalah makhluk Allah swt..
5)         Al-Taskhir (Allah swt mempermudahkan) segala hal di dunia ini kepada manusia bukan bermaknaTafwidh atau wakil atau khilafah dari Allah swt..
6)         Fikrah Al-Khilafah dari Allah swt adalah suatu kegelinciran fikiran yang merbahaya…
7)         Adakah manusia pengganti Allah swt dalam menguruskan harta? Sebagaimana yang diucapkan oleh ahli ekonomi…
8)         Fikrah Manusia Khilafah dari Allah swt adalah suatu bid’ah yang muhdathah (baru) tidak disebut oleh ulama’ salaf, tidak ada sandaran dari nas syara’…
Kebanyakkan pegangan yang dibuat mengenai istilah ini adalah ta’wil yang fasid… kisahnya suatu riwayat dari Imam At-Tobari rh dalam tafsirnya, Surah Al-Baqarah ayat 30:
تفسير الطبري – (ج 1 / ص 451)
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ (30)
ومفاد هذا الرأي أن آدم عليه السلام ومن هو مثله من الأنبياء والرسل خليفةٌ من الله في أن يحكم بحكم الله بين بنيه الذين سيوجد منهم من يفسد في الأرض، ويسفك الدماء.
.وآدم بعد هبوطه من الجنة وتوبته اجتباه الله بالنبوة، فصار نبيا معصوماً، والنبي المعصوم أهل لأن يستخلف في أن يحكم بحكم الله، إن شاء الله ذلك
{Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”} [Al-Baqarah: 30].
Pegangan pendapat ini bahawa Adam as serta para nabi dan rasul yang lain adalah khalifah daripada Allah untuk berhukum dengan hukum-Nya dikalangan bani Adam yang akan wujud. Ada di kalangan mereka yang akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah.
Nabi Adam selepas turun dari syurga, Allah telah memilihnya sebagai nabi, maka jadilah beliau seorang nabi yang ma’sum, berhak untuk dijadikan khalifah dalam melaksanakan hukum Allah jika Allah menghendaki sedemikian itu.
Terdapat juga dua pandangan lain dalam menafsirkan kalimah ini, [yang menunjukkan bahawa manusia itu bukan pengganti (khalifah) kepada Allah]. Iaitu pandangan ulama’ salaf yang dinukilkan oleh Imam At-Tobari rh;
a)  Sebelum kewujudan manusia di bumi ini, terdapat penduduk dari kalangan jin, yang telah melakuka kerosakan dan pertumpahan darah. Maka untuk menghalang mereka, Allah swt telah mencipta manusia untuk menggantikan golongan jin ini, maka jadilah istilah khalifah, iaitu pengganti kepada mereka yang sebelumnya (jin).
b)  Diantara ciri-ciri manusia itu mempunyia keturunan dan beranak-pinak (yatanasil), maka jadilah mereka pengganti (khalifah) kepada orang yang sebelumnya.
9)  Petikan dari Kitab Minhaj As-Sunnah:
Maqulah (kata-kata ini); Tidak boleh berkata: Bahawa Allah swt telah menggantikan seseorang dari-Nya…
منهاج السنة النبوية – (4/94-95)
“والخليفة لا يكون خليفةً إلا مع مغيب المستخلِف أو موته، فالنبي صلى الله عليه وسلم إذا كان بالمدينة امتنع أن يكون له خليفة فيها، كما أن سائر من استخلفه النبي صلى الله عليه وسلم لما رجع انقضت خلافته، وكذلك سائر ولاة الأمور، إذا استخلف أحدهم على مِصره في مغيبه بطل استخلافه ذلك إذا حضر المستخلف. ولهذا لا يصلح إن يقال: إن الله يستخلف أحدا عنه؛ فإنه حي قيوم شهيد مدبر لعباده، منزه عن الموت، والنوم والغيبة، ولهذا لما قالوا لأبى بكر رضي الله عنه- يا خليفة الله! قال: لست خليفة الله، بل خليفة رسول الله، وحسبي ذلك. والله تعالى يوصف بأنه يخلف العبد، كما قال صلى الله عليه وسلم: ((اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في الأهل)) وقال في حديث الدجال: ((والله خليفتي على كل مسلم)) وكل من وصفه الله بالخلافة في القرآن فهو خليفة عن مخلوق كان قبله كقوله: {ثم جعلناكم خلائف في الأرض من بعدهم}. {واذكروا إذ جعلكم خلفاء من بعد قوم نوح وعد الله الذين آمنوا منكم و عملوا الصالحات ليستخلفنهم في الأرض كما استخلف الذين من قبلهم}. و كذلك قوله: {إني جاعل في الأرض خليفة} أي: عن خلقٍ كان في الأرض قبل ذلك، كما ذكر المفسرون و غيرهم. و أما ما يظنه طائفة من الاتحادية و غيرهم، أن الإنسان خليفة الله فهذا جهل و ضلال”. أهـ.
Akhukum; Abu Anas Madani – 01 Sya’ban 1432H – 03 Julai 2011M.

Isnin, 17 Oktober 2016

Arti Auliya`

Bab 3 Menjejaki Para Wali Allah Bismillahirrohmanirrohim... Salam dan Selawat keatas junjungan besar Nabi saw , Ahlul bait as & ihrah yg suci lagi dikasihi, para2 sahabat ra. yang setia di dalam perjuangan. Rahmat Allah Swt. keatas pembaca yang kumuliakan sekelian semoga Allah Ta'ala memuliakan kita semua dan dimasukkan ke dalam golongan hamba2nya yang solehin. Amin. Amma Ba'du Alhamdulillah dapat aku mengemaskini isi perbincangan menurut tajuk di atas, dan menambah beberapa info tambahan yang aku dapati, memandangkan sebelum ini aku tak berkesempat memperdalamkan perbincangan. Kita semua sudah maklum dan sudah masyur di Tanah Nusantara ini perihal kisah-kisah para Wali Allah seperti wali 9 di Tanah Jawa dan Wali 7 di Tanah Jawi. Maka marilah kita sama-sama memahami dan mendalami apa maksud istilah Wali Allah itu secara menyeluruh agar tidak menyimpang dari petunjuk Al Quran dan Al hadis Nabi saw , athar dan pandangan ulamak yang mengupas tentangnya. Apakah erti Wali Allah ? Siapakah mereka dan bagaimana ciri yang ada pada mereka.? Sebelum kita mendalami perbincangan ini marilah kita bincang maksud istilah wali sebagaimana yang diperjelaskan di dalam Al Quran Nur Karim dan beberapa takrif yang diberikan oleh para ulama terdahulu. Istilah Wali di dalam Al-Quran Aku telah menemui beberapa info yang menjelaskan maksud perkataan Wali di dalam Al-Quran yang menunjukkan beberapa maksud secara terperinci. Kalimat Wali atau Aulia' oleh al-Quran lebih dari 71 tempat dan memiliki arti yang berbeza-beza. Perbezaan itu menurut keadaan sesuatu penggunaan kata Wali itu sendiri. Wali bermakna penolong, terdapat istilah "Waliyyiu Wala Naseer"seperti yang terdapat dalam ayat 107 surah Al-Baqarah di mana Allah berfirman: "Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong" Wali beerti pelindung, terdapat istilah "Waliyyiyallah" dalam firmanNYA, "Sesungguhnya pelindungku ialah Allah Yang telah menurunkan Al Kitab (Al Quran) dan Dia melindungi orang-orang yang saleh". (Surah Al-‘Araf: 196) Beerti pelindung terdapat istilah "Maula" seperti firmanNYA "Yang demikian itu adalah kerana Allah itu adalah pelindung bagi orang-orang yang beriman, sedangkan orang-orang kafir tidak ada pelindung bagi mereka". ( Surah Muhammad: 11) Wali beerti ma’bud, erdapat istilah "waliyyullazhina aamanu" yaitu yang disembah , seperti ayat 256-257 surah Al-Baqarah, Allah berfirman: "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (terjemahan tafsir) orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." Wali bererti petunjuk dan pembimbing , terdapat istilah "Waliyyan Murshida" seperti dalam surah Al-Kahfi ayat ke 17 kita membaca: "Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. " Wali beerti dengan pemimpin dan pemilik ikhtiar; berikut ini beberapa contoh dari ayat-ayat tersebut: a. Dalam surah Syura ayat 28 (Waliyyul Hamid) kita membaca: "Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji. " Wali dalam ayat ini adalah pemimpin dan pemilik ikhtiar. Akan tetapi wilayah di dalam ayat yang mulia tadi adalah wilayah takwiniyah atau hak cipta. b. Dalam surah Al-Isyra’ ayat ke 33 (liwaliyyihi Sulthanaa) yang membahas tentang wilayah tasyri’iyah disebutkan: Dan barang siapa terbunuh secara zalim maka kami memberikan hak bagi wali dan pengurusnya." Wali dalam ayat ini berarti pemilik ikhtiar dan pengurus; karena hak Qishas untuk teman orang yang terbunuh tidak pernah disebutkan akan tetapi itu adalah hak waris dan wali. c. Dalam ayat al-Quran yang terpanjang ayat ke 182 surah Al-Baqarah di mana berkaitan dengan penulisan sanad saat melakukan transaksi pinjam meminjam, kita membaca : "jika orang yang memiliki tanggungan tidak memiliki kemampuan untuk menulis dan mengimlak maka wali dan pengurusnya (sebagai) penggantinya dengan menjunjung tinggi keadilan hendaknya menulis dan mengimlak." Dalam ayat yang mulia ini wali tersebut dengan makna pemimpin dan pemilik ikhtiar. d. Dalam ayat ke 34 surah Al-Anfal (In Auliyauhu) kita membaca: "Dan mereka yang mencegah hamba-hamba yang bertauhid untuk beribadah di Masjid Haram pada dasarnya mereka bukan pemimpin dan wali, wali mereka adalah orang-orang yang bertakwa." Wali dalam ayat ini juga berarti pemimpin jika tidak telah jelas orang-orang kafir dan musyrik tidak memiliki persahabatan dan posisi yang sakral semacam itu. e. Dalam ayat ke 5 surah Maryam (Mawaliya) kita juga membaca: "Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap pewarisku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera."Dari sini juga jelas warisan setelah kematian berarti wali dan pemimpin dan pewaris harta-hartanya bukan hanya teman dan penolong saja. Konklusinya kata ini dalam ayat-ayat al-Quran dalam berbagai arti telah digunakan; akan tetapi majoritas kata ini dipakai dalam arti pemimpin dan pemilik ikhtiar. Terdapat lagi ayat di dalam Al Quran cukup jelas menerangkan kalimat Wali di mana Wali bagi orang-orang Islam hanyalah Allah Swt, Rasulullah dan sesama orang-orang yang beriman. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:, "Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu Walinya (maka berjayalah dia) kerana sesungguhnya golongan Allah, itulah yang tetap menang. [al-Maidah 5:55-56] Dari semua penjelasan di atas dapat kita lihat bahawa Allah Swt. disebut al Wali, orang mukmin kekasih Allah disebut wali, seorang yang dewasa yang diberi tugas melindungi dan memelihara anak kecil juga disebut wali. Demikian juga orang yang lemah yang tidak dapat mengurus harta-bendanya sendiri, lalu dipelihara oleh keluarga yang lain, maka keluarga tersebut itu juga dipanggil wali. Penguasa pemerintah yang diberi tanggung jawab pemerintahan disebut wali. Ayah atau mahram yang berkuasa yang menikahkan anak perempuannya juga disebut wali. Figure: Almarhum Tukku Paluh, salah seorang waliyullah tersohor di Tanah Jawi Terdapat dua penjelasan tentang makna wali ini. Penjelasan pertama, kata al-wali merupakan bentuk superlatif dari subyek (fa’il), seperti kata al-’alim bermakna yang sangat alim dan kata al-qadir bermakna yang sangat berkuasa. Maka kata al-wali bermakna orang yang sangat menjaga ketaatan kepada Allah tanpa tercederai oleh kemaksiatan atau memberi kesempatan pada dirinya untuk berbuat maksiat. Penjelasan kedua, kata al-wali merupakan subjek bermakna objek, seperti kata al-qatil bermakna yang terbunuh dan al-jarih bermakna yang terluka. Maka kata al-wali bermakna orang yang dijaga dan dilindungi oleh Allah Swt, dijaga terus-menerus dari berbagai macam maksiat dan selamanya mendapat pertolongan Allah untuk selalu berbuat taat. Dari segi etimologis, al-wali berarti yang dekat. Ketika seorang hamba dekat kepada Allah karena ketaatan dan keikhlasannya, maka Allah akan senantiasa dekat kepadanya, dengan limpahan rahmat, keutamaan, dan kebaikan, hingga mencapai jenjang al-wilayah (kewalian). Keterangan-keterangan di atas adalah pandangan menurut dalil-dalil dari Al Quran dan pendapat-pendapat Salfussolehin berkenaan wali dan kewalian. Setelah kita lihat keterangan di atas jelaskan maksud istilah Wali itu secara lebih luas. Perbincangan kita di sini adalah khusus kepada Wali sebagai kekasih Allah, penunjuk jalan kebenaran, pemimpin rohani mengikut kefahaman di dalam kitab-kitab tasawuf. Di dalam kitab lama yang aku lupa namanya pernah diberitahu oleh sahabat sepengajianku bahawa terdapat kata-kata berikut. "Lebih mudah kamu mengenal Allah swt daripada mengenal wali Allah" Antara sebab2nya adalah kewalian itu rahsia bagi Allah dan anugerahNYA kepada seseorang hambaNYA. Sesiapa yang menjadi kekasih Allah sudah pasti tidak akan menceritakan kepada sesiapa pun. Terdapat wali2 Allah yang menutupi kewaliannya dengan mempamirkan sesuatu yang diluar penrimaan orang-orang awam akan kewaliannya. Terdapat juga para wali yang diketahui kewalian dan karamahnya selepas kematiannya. Terdapat juga para wali yang memegang kekhalifahan dan diketahui umum dengan sebab ketinggian kedudukan kewaliannya , contohnya seperti Khulafa ar rasyidin, atau menjadi pemimpin rohani seperti Syeikh Abdul Qadir Jailani rahmatullah alaih dan lain-lainnya. Jadi kedudukan martabat kewalian seseorang itu berbeza-beza di sisi Allah. Takrif Wali Allah dalam konteks Surah Yunus Wali adalah perkataan mufrad (singular) , kata jamaknya (plural) adalah auliya'. Makna asal perkataan ini ada berbagai-bagai, di antaranya bermakna 'amat hampir'. Wali Allah maknanya orang yang benar-benar hampir dengan Allah SWT. Orang ini ialah insan yang amat memahami dan mentaati perintah Allah dalam semua keadaan dan menjauhi larangan Allah dalam semua hal. Istilah wali berlawanan dengan istilah 'adaawah' yang beerti bermusuh. Orang yang hampir kepada Allah dipanggil wali, orang yang bermusuh dengan Allah digelar 'aduu. Musuh Allah ialah orang yang melawan hukum, perintah dan menderhakai Allah sedangkan wali adalah orang yang paling taat kepada Allah. Waliullah memang wujud dari dahulu hingga sekarang. Al-Quranul Karim, menyebut (mafhumnya): "Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tidak pula mereka itu berdukacita. "Wali-wali Allah itu (adalah) orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan mereka bertaqwa kepada Allah SWT. (Surah Yunus, ayat 62 dan 63 ). Dalam tafsir yang muktabar seperi Tafsir al-Qurtubi dan Tafsir al-Maraaghi, ketika menghuraikan ayat ini menyebut bahawa wali-wali Allah adalah orang-orang yang ikhlas mematuhi perintah Allah dan berserah diri kepadanya, tanpa mensyirikkannya tanpa sesuatu apapun. Mereka mengasihi-Nya dengan sebenar-benar kasih dan mentaati-Nya dengan sepenuh ketaatan. Ali bin Abi Talib (karammallahu wajhah), bersabit dengan ayat di atas menyebutkan, "Wali-wali Allah adalah orang yang kelihatan pucat-pucat muka mereka kerana banyak beribadat, mata-mata mereka kuyu dan layu kerana banyak berjaga malam untuk beribadah, perut-perut mereka cerut dan kempis kerana banyak berpuasa dan kurang makan." Itulah gambaran waliullah oleh Ali. Merujuk kepada ayat ini, Umar bin al-Khattab (r.a) pernah berkata, "Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, 'ada di antara manusia, adalah menjadi hamba-hamba-Nya yang sebenar. Mereka bukan para Nabi dan bukan juga para Syuhada, tetapi amat disegani oleh para Nabi dan Syuhada di hari Kiamat kerana makam mereka amat istimewa disisi Allah pada hari tersebut. "Lalu ditanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah mereka dan apa amalan mereka, semoga kami boleh mencontohi dan mengasihi mereka, lalu Rasulullah bersabda, 'mereka adalah kaum yang berkasih sayang kerana Allah, tanpa ada hubungan darah dan harta benda yang mengikat mereka, muka mereka bercahaya indah dalam kilauan cahaya dalam cahaya, mereka tidak takut ketika sekelian insan takut dengan azab Allah, mereka tidak berdukacita ketika insan sekelian berdukacita kerana takut kemurkaan Allah SWT." Lalu Nabi membaca dua-dua ayat dari Surah Yunus tadi. Itulah gambaran waliullah yang disebut banyak kali oleh al-Quran. Dalam hadis yang sahih, Nabi pernah menyebut perkataan wali dengan jelas yang mafhumnya, "Barangsiapa yang memusuhi wali-wali aku, maka sesungguhnya dia mengisytiharkan perang dengan aku dan aku benarkan wali aku memerangi mereka. (Hadis Qudsi). Waliullah, disemuapakati oleh ilmuan Islam yang terbilang, terdiri dari para Rasul (tanpa khilaf), kerana merekalah yang paling hampir kepada Allah, paling cinta dan mematuhi perintah Allah. Wailullah adalah orang yang makam mereka amat tinggi disisi Allah. Mereka disebut sebagai muqarrabuun. Firman Allah (mafhumnya), " Dan orang-orang paling dahulu beriman, mereka yang paling dahulu masuk syurga. Mereka itulah yang paling tinggi makamnya (disisi Allah). Mereka di tempatkan di syurga-syurga yang penuh dengan kenikmatan. Dahulunya berbondong-bondong begitu ramah. Dan yang mutakhir ini amat berkurangan." (Surah al-Waqiah ayat 10-14). Maksud muqarrabuun adalah orang-orang yang berlumba-lumba melakukan kebaikan di atas perintah Allah SWT, mereka itulah auliya Allah. Mereka wujud dari dahulu hingga sekarang. Dahulunya ramai,. sekarang ini amat berkurangan. Apa yang penting, waliullah adalah orang yang amat istimewa disisi Allah SWT. Kisah Karamah Para Sahabat Rasulullah Terdapat banyak kisah-kisah karamah Para sahabat, disini aku paparkan beberapa kisah karamah sahabt2 yang utama. Untuk mengetahui kisah-kisah karamah Para-para sahabt yang lain sila lawati site link yang aku rujuk di bawah ini. Karamah Para Sahabat Rasulullah Karamah Say Abu Bakar as siddiq ra 'Abdurrahman bin Abu Bakar r.a. menceritakan bahwa ayahnya datang bersama tiga orang tamu hendak pergi makan malam dengan Nabi Saw. Kemudian mereka datang setelah lewat malam. Istri Abu Bakar bertanya, "Apa yang bisa kau suguhkan untuk tamumu?" Abu Bakar balik bertanya, "Apa yang kau miliki untuk menjamu makan malam mereka?" Sang istri menjawab, 'Aku telah bersiap-siap menunggu engkau datang." Abu Bakar berkata, "Demi Allah, aku tidak akan bisa menjamu mereka selamanya." Abu Bakar mempersilakan para tamunya makan. Salah seorang tamunya berujar, "Demi Allah, setiap kami mengambil sesuap makanan, makanan itu menjadi bertambah banyak. Kami merasa kenyang, tetapi makanan itu malah menjadi lebih banyak dari sebelumnya." Abu Bakar melihat makanan itu tetap seperti semula, bahkan jadi lebih banyak, lalu dia bertanya kepada istrinya, "Hai ukhti Bani Firas, apa yang terjadi?" Sang istri menjawab, "Mataku tidak salah melihat, makanan ini menjadi tiga kali lebih banyak dari sebelumnya." Abu Bakar menyantap makanan itu, lalu berkata, "Ini pasti ulah setan." Akhirnya Abu Bakar membawa makanan itu kepada Rasulullah Saw dan meletakkannya di hadapan beliau. Pada waktu itu, sedang ada pertemuan antara katun muslimin dan satu kaum. Mereka dibagi menjadi 12 kelompok, hanya Allah Yang Maha Tahu berapa jumlah keseluruhan hadirin. Beliau menyuruh mereka menikmati makanan itu, dan mereka semua menikmati makanan yang dibawa Abu Bakar. (HR Bukhari dan Muslim) Karamah Say Umar Al Khatab ra Dalam kitab Riyadh al-Shalihin, Imam Nawawi mengemukakan bahwa Abdullah bin `Umar r.a. berkata, "Setiap kali `Umar mengatakan sesuatu yang menurut prasangkaku begini, pasti prasangkanya itu yang benar." Saya tidak mengemukakan riwayat dari Ibnu `Umar tersebut dalam kitab Hujjatullah 'ala al-'Alamin. Kisah tentang Sariyah dan sungai Nil yang sangat terkenal juga disebutkan dalam kitab Thabaqat al-Munawi al-Kubra. Dalam kitab tersebut juga dikemukakan karamah 'Umar yang lainnya yaitu ketika ada orang yang bercerita dusta kepadanya, lalu `Umar menyuruh orang itu diam. Orang itu bercerita lagi kepada `Umar, lalu Umar menyuruhnya diam. Kemudian orang itu berkata, "Setiap kali aku berdusta kepadamu, niscaya engkau menyuruhku diam." Karamah Say Usman b. Affan ra Ibnu `Umar r.a. menceritakan bahwa Jahjah al-Ghifari mendekati 'Utsman r.a. yang sedang berada di atas mimbar. Jahjah merebut tongkat 'Utsman, lalu mematahkannya. Belum lewat setahun, Allah menimpakan penyakit yang menggerogoti tangan Jahjah, hingga merenggut kematiannya. (Riwayat Al-Barudi dan Ibnu Sakan) Dalam riwayat lain dikisahkan bahwa Jahjah al-Ghifari mendekati `Utsman yang sedang berkhutbah, merebut tongkat dari tangan `Utsman, dan meletakkan di atas lututnya, lalu mematahkannya. Orang-orang menjerit. Allah lalu menimpakan penyakit pada lutut Jahjah dan tidak sampai setahun ia meninggal. (Riwayat Ibnu Sakan dari Falih bin Sulaiman yang saya kemukakan dalam kitab Hujjatullah `ala al-Alamin) Karamah Imam 'Ali b. Abu Tholib kw Sid bin Musayyab menceritakan bahwa ia dan para sahabat menziarahi makam-makam di Madinah bersama `Ali. All lalu berseru, "Wahai para penghuni kubur, semoga dan rahmat dari Allah senantiasa tercurah kepada kalian, beritahukanlah keadaan kalian kepada kami atau kami akan memberitahukan keadaan kami kepada kalian." Lalu terdengar jawaban, "Semoga keselamatan, rahmat, dan berkah dari Allah senantiasa tercurah untukmu, wahai amirul mukminin. Kabarkan kepada kami tentang hal-hal yang terjadi setelah kami." All berkata, "Istri-istri kalian sudah menikah lagi, kekayaan kalian sudah dibagi, anak-anak kalian berkumpul dalam kelompok anak-anak yatim, bangunan-bangunan yang kalian dirikan sudah ditempati musuh-musuh kalian. Inilah kabar dari kami, lalu bagaimana kabar kalian?" Salah satu mayat menjawab, "Kain kafan telah koyak, rambut telah rontok, kulit mengelupas, biji mata terlepas di atas pipi, hidung mengalirkan darah dan nanah. Kami mendapatkan pahala atas kebaikan yang kami lakukan dan mendapatkan kerugian atas kewajiban yang yang kami tinggalkan. Kami bertanggung jawab atas perbuatan kami." (Riwayat Al-Baihagi) Ibu Sebagai wakil dan wali Allah Di akhir zaman ini adalah lagi semakin sukar untuk mengenal wali Allah. Walau bagaimana pun atas pandangan salah seorang guruku aku bukakan satu petunjuk siapakah wali bagi diri kamu itu. Bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah sesungguhnya masih berkesempatan buat mengenal siapa wali kamu. Bagi seorang muslimah ayah kamu itulah wali kamu yang paling hampir. Bagi seseorang muslim sesungguhnya ibu kamu itulah wali bagimu. Perhatikan bagaimana kamu perlakukan terhadap ibumu, sebab ibumu yang mengetahui rahsia dirimu dan asal terjadinya kamu. Ibumu lah yang mula2 memegang amanah dirimu semasa kamu masih didalam kandungan rahimnya. Itulah alam asal tubuhmu di atas muka bumi ini. Dan itulah tempat permulaan pengembaraanmu ke alam basyariah. Itulah tempat permulaan ditiupkan ruhmu dan permulaan kamu bergerak dan diam. Permulaan di azankan kamu , permulaan solat menangisnya kamu, permulaan menerima rezeki di atas muka bumi alam insan . Apakah mungkin kamu menderhakai ibumu itu? Ibumu yang mula-mula menjadi guru zahirmu. Ibumu juga yang mula mengajar kamu tentang kasih sayang. Figure: Syurga di bawah tapak kaki ibu, juga sebagai wakil Allah Jangan kamu mencari wali yang kamu tidak kenal tanpa mengenali ibumu sebagai wali dan wakil Allah di atas muka bumi ini. " Wakafa billahiwakiila ..." Dan Cukuplah Allah sebagai wakil bagimu dan DIA telah melantik ibumu sebagai wakilNYA di alam insan. Ketahuilah rahsia kewalian ibumu. Jangan kamu menderhakai dan mengingkari akan hal ini. Kelak kamu akan tersesat dari jalan kembali. Figure: Bayi yg dilahirkakn adalah suci seperti wali Allah Setinggi2 martabat Nabi dan Rasul , setinggi martabat wali dan seluruh aulia mereka tetap meletakkan martabat seorang ibu melebihi martabat mereka sendiri. Allah tidak menjadikan wanita sebagai Nabi dan Rasul akan tetapi Allah sendiri telah meletakkan martabat seorang ibu dengan kedudukan yang sangat tinggi. Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Doa Perkahwinan

Kita bersyukur dan memuji Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kemudian shalawat dan salam kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, istri, keluarga, sahabatnya dan yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari yang dijanjikan, amma ba’du:
Setelah berlalu beberapa waktu, alhamdulillah pada kesempatan ini kita dapat memposting eBook doa dan dzikir tepatnya Doa dan Dzikir Seputar Pernikahan dan Pengasuhan Anak serta penjelasannya…dilaman muka ini kami ketengahkan teks matan doanya:
1. Doa Kepada Pengantin
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ
“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”
2. Doa Pengantin Kepada Pasangannya
Apabila seseorang di antara kamu menikah dengan seorang perempuan atau membeli budak, hendaklah mengucapkan:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu kebaikan perempuan atau budak ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya. Dan aku mohon perlindungan kepada-Mu dari kejelekan perempuan atau budak ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya.”
Apabila membeli unta, hendaklah memegang puncak punuknya, lalu mengucapkan seperti itu.”
3. Doa Sebelum Bersetubuh
بِسْمِ اللهِ اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
“Dengan Nama Allah, Ya Allah! Jauhkan kami dari setan, dan jauhkan setan untuk mengganggu apa yang Engkau rezekikan kepada kami.”
4. Ucapan Selamat Bagi Orang yang Mendapatkan Kelahiran dan Jawabannya
بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوْبِ لَكَ، وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ. وَيَرُدُّ عَلَيْهِ الْمُهَنَّأُ فَيَقُوْلُ: بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَزَاكَ اللهُ خَيْرًا، وَرَزَقَكَ اللهُ مِثْلَهُ، وَأَجْزَلَ ثَوَابَكَ
“Semoga Allah memberkahimu atas pemberiannya kepadamu, engkau layak bersyukur, (semoga) anakmu cepat  dewasa dan engkau diberi rezki berupa baktinya kepadamu..”
Bagi orang yang diberi ucapan selamat, ia membalasnya dengan mengucapkan: “Semoga Allah memberkahimu dan membalasmu dengan kebaikan dan engkau diberi rezki seperti itu dan balasanmu dilipatgandakan.”
5. Doa Perlindungan Kepada Anak
Adalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain, beliau membaca:
أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
“Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala macam setan, binatang yang berbisa dan ‘ain (pandangan mata) yang menimpanya (yang akhirnya mengakibatkan sakit)..”

Khamis, 13 Oktober 2016

Maksud mendengar Al-Qur`an

Ibnu Taimiyyah

“Dan telah diketahui bahwa yang dimaksudkan adalah ia mendengarkan Al-Qur’an dengan pendengaran yang mampu ia pahami maknanya, karena hal itu tidak terwujud hanya sekedar mendengarkan lafadh yang tidak mampu ia pahami maknanya. Seandainya ia bukan orang Arab, maka wajib untuk diterjemahkan baginya apa yang dapat ditegakkan kepadanya hujjah” [Al-Jawaabush-Shahiih, hal. 221].

Khamis, 29 September 2016

Santau

Berdoa

Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Ahad, 25 September 2016

Melanggar Perintah Nabi

Seorang lelaki telah datang kepada al-Imam Malik dan berkata: “Wahai Abu ‘Abd Allah (gelaran al-Imam Malik) dari mana aku patut berihram?
Jawabnya: “Daripada Zu Hulaifah di tempat yang Rasulullah berihram”.
Kata lelaki itu: Aku ingin berihram bermula dari Masjid Nabi.
Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat”.
Kata lelaki itu: Aku ingin berihram bermula dari kubur Nabi s.a.w..
Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat, aku bimbang fitnah (kerosakan agama) menimpa kamu”.
Tanya lelaki itu: Apa fitnahnya?!! Ia hanya jarak yang aku tambah.
Jawab al-Imam Malik: “Apakah lagi fitnah yang lebih besar daripada engkau melihat bahawa engkau telah mendahului satu kelebihan yang RasululLah s.a.w yang telah menguranginya. Sesungguhnya aku telah mendengar Allah berfirman: (maksudnya) “Berhati-hatilah mereka yang menyalahi perintahnya (RasululLah s.a.w), jangan sampai menimpa mereka musibah, atau menimpa mereka azab seksa yang pedih (Surah al-Nur ayat 63)”
(Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s. 102 Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi)
Walaupun lelaki ini ingin berihram daripada tempat yang begitu baik iaitu masjid Nabi s.a.w, atau kubur baginda s.a.w, namun al-Imam Malik bin Anas membantahnya disebabkan ia ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w.
Beliau menyatakan ini adalah fitnah kerana seakan lelaki itu menganggap diri seakan dapat melakukan ibadah yang lebih baik daripada Nabi s.a.w.
Jelas, niat yang baik tidak memadai jika tidak berdasarkan petunjuk yang betul.

Rabu, 21 September 2016

Korban

Masya Allah!! Pemahaman Kita Selama Ini Tentang Qurban Keliru, Ini Penjelasan Syeikh Ali Jaber.

Syeikh Ali Jaber meluruskan beberapa pemahaman yang keliru tentang tata cara pelaksanaan ibadah Qurban. Dalam sebuah kesempatan beliau berceramah di mesjid Ar-Rahim, Menara 165 ESQ, Jakarta, tepatnya pada 03 Oktober 2014 yang lalu.

Ada tiga hal yang beliau sorot yaitu tentang jumlah qurban per-orang, memakan daging qurban dan pembayaran ongkos penyembelihan dengan kulit hewan qurban.

1. Jumlah qurban

Persoalan pertama yang beliau luruskan adalah tentang jumlah qurban. Ada pemahaman yang berkembang di masyarakat, satu orang wajib berkurban dengan satu ekor kambing. Apabila dalam sebuah keluarga ada lima orang anak, maka menjadi genap tujuh orang sehingga wajib berkurban dengan 1 ekor sapi (konversi dari 7 ekor kambing). Jika tidak mampu, maka bisa berqurban dengan kambing dahulu, misal tahun ini mampu 1 ekor kambing atas nama istri, tahun depan atas nama anak, demikian seterusnya hingga seluruh anggota keluarga sudah dijatah per 1 ekor kambing.


"Ini hal keliru! Qurban berbeda dengan Aqiqah dan Zakat Fitrah yang dihitung perorang. Qurban hitungannya perkeluarga bukan perorang. Ketika nabi Ibrahim AS hendak sembelih Ismail, diganti dengan 1 ekor kambing oleh Allah SWT, padahal Ibrahim beserta 2 istri dan 2 anak harusnya lima ekor. Demikian juga Nabi Muhammad SAW, berkurban dengan 2 kambing. Pada kambing pertama beliau berkata 'Bismillah atas nama Muhammad dan keluarga Muhammad'. Lalu pada kambing kedua beliau berkata 'Atas namaku dan ummatku'. Padahal berapa jumlah istri dan anak serta umat beliau?" kata Syeikh Ali menjelaskan.

"Kewajiban itu tidak lebih dari 1 ekor kambing. Jika mampu 1 sapi atau 1000 sapi silahkan, karena tidak ada larangan atas kemampuan. Misalnya seorang bapak dengan seorang anak berqurban dengan 1 kambing, sah. Dengan 1 sapi silahkan. Seorang bapak dengan 4 orang istri dan masing-masing 10 orang anak hendak berqurban, wajib dengan 1 kambing saja untuk 45 orang sekeluarga. Jika mampu 1000 kambing atau 1000 sapi, boleh, silahkan," lanjut Syeikh menambahkan penjelasannya.

Tentang nama-nama yang disebut saat penyembelihan, Syeikh Ali mengatakan tidak ada kewajiban atas hal tersebut. Karena hakikatnya menyebut atas nama keluarga sudah mencakup seluruh anggota keluarga termasuk orang tua yang sudah meninggal dunia.

"Bismillah atas namaku dan keluarga. Tidak perlu membawa nama-nama. Atas namaku dan keluarga sudah termasuk orang tua yang meninggal. Ada



sebagian ulama membolehkan, kalau kita mampu dan mau khusus, kambing atas nama orang tua, tidak masalah. Kalau tidak mampu, maka 1 ekor sudah termasuk keluarga dan orang tua kita. Ini adalah salah satu sedekah yang berguna bagi orang tua yang meninggal di keluarga kita," katanya.
 
2. Makan daging qurban

Persoalan kedua yang beliau sorot adalah sunnah yang mulai hilang yaitu banyak yang tidak mau makan dari hasil qurban. Sebagian besar masyakarat tidak mau memakan daging qurban dengan alasan ingin disedekahkan semua untuk fakir miskin.

"Padahal ini adalah sunnah Rasul seperti dalam aqiqah. Rasululullah membagi qurban menjadi tiga, pertama dihadiahkan kepada orang kaya untuk silaturrahim, kedua disedekahkan untuk orang miskin, dan yang ketiga untuk diri sendiri. Bahkan Rasulullah SAW sebelum shalat 'Ied berpuasa, lalu membatalkannya sesudah shalat dari hasil sembelihan hewan qurban," kata Syeikh Ali.

Beliau menekankan bahwa daging qurban yang ingin disedekahkan semua tidak masalah, namun mengajak jamaah agar sesekali menghidupkan sunnah Rasul dengan memakan daging qurban.

3. Pembayaran dengan kulit dan kepala

Persoalan ketiga yang beliau sorot adalah maraknya pembayaran ongkos penyembelihan hewan qurban dengan kulit dan kepala, padahal tidak dibenarkan.

"Tidak boleh pembayaran hasil sembelihan dari kulitnya. Banyak tukang sembelih datang, ketika kita tawarkan untuk sembelih dan tanya berapa, 'ndak papa kasi aja kulitnya sama kepalanya'. Jangan anda setuju dan terima," kata beliau menegaskan.

"Qurban itu lillahi ta'ala bukan jual beli. Kalau sudah dijual berarti bukan qurban karena tidak lillahi ta'ala," tambahnya.

Beliau memberikan jalan keluar dengan terlebih dahulu menjelaskan akad awal dengan tukang sembelih terutama berapa ongkos atau biaya yang diminta. Sedangkan kulit dan kepala bisa diberikan sebagai hadiah.

"Ijab kabul. Tentukan, misal ongkos sembelihan 50 ribu. Jika setuju, selesai! Jika sesudah penyembelihan kita berikan ongkosnya dan tambahkan kulit dan kepala sebagai hadiah, tidak masalah. Tetapi bukan untuk bayar sembelihan. Jadi harus dibedakan," kata beliau.

Beliau juga menegaskan bahwa amalan ibadah qurban bisa tidak diterima Allah, jika sebagian dari hasil sembelihan dijadikan pembayaran atau ongkos.

Syeikh Ali Saleh Muhammad Ali Jaber, adalah salah seorang Imam di Mesjid Nabawi, Madinah. Beliau menyelesaikan 30 juz hafalan Al-Qur'an pada usia 11 tahun di Madinah. Sebagian besar masa kecilnya dihabiskan dengan mengaji kepada para Syeikh di Mesjid Nabawi.

Wallahu a'lam bish showab. Berikut video ceramah Syeikh Ali Jaber.

Sumber : Beradab.com

Isnin, 19 September 2016

Kirim Pahala Al Fatihah

Kirim Pahala Al Fatihah


Cara Mengirim Al Fatihah Untuk Almarhum Cara Kirim Al Fatihah Untuk Almarhum Cara Mengirim Doa Untuk Almarhum Cara Mengirim Al Fatihah Untuk Seseorang Cara Mengirimkan Alfatihah Untuk Almarhum
Kita biasa saksikan di tengah-tengah masyarakat kita mengenai tradisi kirim pahala. Dalam do’a mereka katakan, “Ilaa hadroti ‘fulan’, al fatihaah”. Bagaimanakah pandangan Islam tentang hal ini? Apakah amalan semacam itu diajarkan dalam Islam?

Syaikh Muhammad Nashiruddin dalam Ahkamul Janaiz menyebutkan,
أن قول الناس اليوم في بعض البلاد: ” الفاتحة على روح فلان ” مخالف للسنة المذكورة، فهو بدعة بلا شك، لا سيما والقراءة لا تصل إلى الموتى على القول الصحيح
“Perkataan yang masyhur di tengah-tengah masyarakat di berbagai negeri, “(Kirim pahala) Al Fatihah pada ruh ‘fulan’ ” adalah menyelisihi ajaran Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam-, itu termasuk amalan yang tiada tuntunan tanpa diragukan lagi. Lebih-lebih pahala bacaan Qur’an tidak sampai pada orang yang telah mati menurut pendapat yang lebih tepat.
Dalam Ahkamul Janaiz disebutkan pula,
وأما قراءة القرآن عند زيارتها، فمما لا أصل له في السنة، بل الاحاديث المذكورة في المسألة السابقة تشعر بعدم مشروعيتها، إذ لو كانت مشروعة، لفعلها رسول الله وعلمها أصحابه، لا سيما وقد سألته عائشة رضي الله عنها – وهي من أحب الناس إليه – عما تقول إذا زارت القبور؟ فعلمها السلام والدعاء.
ولم يعلمها أن تقرأ الفاتحة أو غيرها من القرآن، فلو أن القراءة كانت مشروعة لما كتم ذلك عنها، كيف وتأخير البيان عن وقت الحاجة لا يجوز كما تقرر في علم الاصول، فكيف بالكتمان، ولو أنه علمهم شيئا من ذلك لنقل إلينا، فإذ لم ينقل بالسند الثابت دل على أنه لم يقع.
“Adapun membaca Al Qur’an ketika ziarah kubur, maka tidak ada landasan dalil sama sekali. Bahkan hadits yang membicarakan hal tersebut yang telah disebutkan sebelumnya menunjukkan amalan tersebut tidak disyari’atkan. Dan seandainya hal tersebut disyari’atkan, tentu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallamakan melakukannya, begitu pula para sahabat. Ketika ‘Aisyah -istri yang paling dicintai Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam – bertanya pada beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai apa yang dibaca ketika ziarah kubur, maka yang dianjarkan pada ‘Aisyah adalah ucapan salam dan do’a. Dan tidak dianjarkan membaca Al Fatihah atau bacaan Qur’an lainnya. Seandainya membaca Al Qur’an tatkala ziarah kubur itu disyari’atkan, maka tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak diam. Bagaimana beliau bisa mengakhirkan penjelasan dari waktu yang dibutuhkan? Tentu tidak boleh, sebagaimana telah diketahui dalam ilmu ‘ushul. Mana mungkin bisa diam dalam kondisi semacam itu? Seandainya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan pada para sahabat akan hal itu, tentu akan sampai pada kita. Jika tidak ada riwayat sanad dalam perkara ini, maka itu menunjukkan amalan tersebut tidak ada.”
Hanya Allah yang memberi petunjuk kepada kebenaran.

Baca artikel lainnya di Rumaysho.com:
  1. Membaca Al Qur’an di Sisi Kubur
  2. Beda antara Adat dan Ibadah
  3. Niyahah dan Selamatan Kematian
  4. 3 Syarat Disebut Bid’ah
  5. Beda Bid’ah Hasanah dan Bid’ah Sayyi’ah
  6. Antara Kirim Pahala dan Acara Selamatan Kematian
  7. Lebih Baik Kirim Pahala untuk Orang Tua atau Diri Sendiri?
  8. Beberapa Kekeliruan Seputar Mayit dan Kubur
  9. Amalan-amalan yang Bermanfaat Bagi Mayit
  10. Menghadiahkan Pahala Bacaan Al Qur’an untuk Mayit



Read more https://rumaysho.com/3156-kirim-pahala-al-fatihah.htmlKirim Pahala