Rabu, 24 Februari 2016

Halau Cicak


Petua Halau Cicak. Cicak adalah sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin.
Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati pada bahagian telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano.
Selain itu, cicak mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya yang sudah putus bergerak-gerak sementara waktu itu cicak akan melarikan diri.
Namun, kehadirannya di rumah pasti tidak di senangi. Cicak sering meninggalkan najisnya merata-rata. Ia juga sering mengundang kekotoran di rumah. Pasti ramai suri rumah membencinya!
6 Petua Halau Cicak
1. Cili kering
Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak hadiran cicak.
2. Bela Kucing
Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!
3. Kulit Telur Ayam
Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.
4. Bunuh Serangga
Pastinya anda mengetahui bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi anda seharusnya membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah anda tiada serangga, pastinya cicak juga tiada!
5. Jaga Kebersihan Rumah
Pastikan rumah anda sentiasa bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak.
6. Air dan Cili Api
Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak. - [sumber wom.my]

Penghalang Terkabulnya Do’a

Nama eBook: Beberapa Penghalang Terkabulnya Do’a
Penulis: Syaikh Sa’id bin Ali Wahf al-Qahthani
Pengantar:
الحمد لله رب العالمين. وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله :وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أَمَّا بَعْدُ:
Do’a dan ta’awudz (mohon perlindungan) ibarat senjata. Kehebatan senjata bergantung kepada pemakainya, bukan hanya dari ketajamannya saja, apabila senjata telah sempurna tidak ada cacatnya, lengan yang menggunakannya kuat, dan penghalang tidak ada, niscaya dapat membinasakan musuh. Apabila kurang salah satu dari tiga perkara ini, maka pengaruhnya tidak akan ada. Demikian pula dengan do’a, apabila isi do’a tidak baik, atau orang yang berdo’a tidak menggabungkan antara hati dan lisannya, atau adanya penghalang bagi terkabulnya do’a, maka do’a tidak akan berhasil.
Pelajarilah syarat-syarat berdo’a dan hal-hal yang menghalangi terkabulnya do’a, di dalam pembahasan berikut akan dijelaskan beberapa hal penghalang terkabulnya do’a, diantara penghalang tersebut ialah:
  1. Bersenang-senang dengan yang haram, berupa makan, minum dan berpakaian
  2. Tergesa-gesa dan meninggalkan do’a
  3. Melakukan maksiat dan perbuatan haram
  4. Meninggalkan kewajiban yang diwajibkan oleh Allah
  5. Berdo’a dengan do’a yang mengandung dosa atau pemutusan hubungan silaturrahim
  6. Sebagai hikmah Allah, ia berikan yang lebih baik dari yang diminta
Selamat menyimak penjelasan dari penghalang-penghalang terkabulnya do’a dalam eBook ini dan semoga Allah mengabulkan do’a-do’a kita sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Mengabulkan Do’a…
Download:

Sabtu, 20 Februari 2016

beli handphone

MESTI BACA!!! Anda Pasti Tidak Akan Lagi Mudah Ditipu Beli Handphone Selepas Baca Artikel Ini... - Mohon Sebarkan



1. Sebelum pergi survey, buatlah Google search sikit tentang macam mana nak tahu beza AP, Ori dengan Clone set. Tak lama pun nak Google,tak sampai 5 minit pun. Boleh selamatkan dari sakit kepala lepas beli nanti.

2. Pergi hari yang tak ramai orang. Jadi boleh lah nak belek phone puas puas ke nak minta software lebih ke. Kalau pergi weekends, nanti si penjual busy so kurang sikit layanan mesra kitorang dekat customer ni. Nak minta apa pun susah sikit.


3. Sekali lagi, kalau pergi weekdays, si penjual tak busy dan kemungkinan tak banyak sale. Jadi kami cenderung untuk turunkan harga / bagi diskaun melampau / bagi free gift lebih asalkan dapat sale. Kalau pada hari banyak sale, kami cenderung untuk tak layan customer yang minta macam macam tapi nak harga murah.


4. Check imei (serial number untuk phone) dengan mendail *#06#. Pastikan nombor yang dipaparkan sama dengan nombor imei dekat kotak. Phone AP/Clone selalunya tak sama nombor imeinya dikotak dengan di handphone. Tapi ada juga phone AP yg sama imeinya dengan di kotak. Jadi hati hati!

5. Buka belakang battery handphone, tengok tulisan. Kebanyakkan model phone original akan tulis dalam Bahasa Inggeris tapi phone AP/Clone pulak akan ada tulisan Cina di belakang phone. (Paling ketara model Lenovo, boleh check belakang Lenovo korang kalau tak percaya)

6. Survey harga online dulu sebelum survey dekat kedai. Masuk lah lelong.com.my ke, mudah.my ke. Taip model phone yang korang cari, lepas tu tengok harganya. Beza online dengan kedai luar tak patut beza lebih dari rm50 selalunya. So kalau harga dekat kedai lagi murah dari harga online, boleh ragu ragu sikit la kot.


7. Beli aksesori dekat kedai lain. Saya ulangi. Beli aksesori dekat kedai lain. Kedai phone akan jual aksesori macam memory card, cover phone dan tempered glass dengan harga yang tak masuk akal. Contohnya ada kedai yang jual memory card 8GB dengan harga Rm50. Dekat kedai komputer Rm50 boleh dapat 32GB. Sama jugak dengan cover, dekat luar rm5-15 tapi diorang akan charge rm30-50 kalau beli bundle sekali.


Credit : Yudi Kurniawan Budi


Khamis, 18 Februari 2016

Mengingat Nama Seseorang

Posted: 16 Feb 2016 10:28 PM PST
Sobat ngopo, pernah kamu mengalami kesulitan mengingat nama sesorang?. Tentu pernah ya? pada dasarnya kita memang lebih mudah mengingat wajah ketimbang nama seseorang. Apalagi jika orang tersebut baru kita kenal atau seseorang yang jarang kita temui.


Terlalu banyak orang yang kita temui sehingga membuat kita lupa dengan nama mereka. Kondisi ini bisa menjadi sangat memalukan jika tiba-tiba terjadi pada kita di muka umum atau lingkungan kerja. Oleh karena itu, agar kamu terhindar dari kejadian seperti itu, tak ada salahnya kamu mencoba tips berikut yang dilansir dari laman Prevention :

1. Jangan cemas

Saat berkenalan dengan orang jangan pernah ungkapkan dalam hati 'Aku punya masalah mengingat nama orang. Aku tak akan ingat namanya'. Itu merupakan tanda kecemasan yang dapat mengganggu memori dan hal tersebut malah menyulitkan otak untuk menyimpan nama orang tersebut dalam ingatan kamu seperti dituturkan pelatih memori, John Keith.

2. Asosiasikan dengan lingkungan sekitar

Ketika bertemu pertama kali dengan seseorang, coba ambil hal-hal menarik secara visual di sekitar. Misal, warna dinding merah menyala atau langit mendung. "Isyarat visual seperti ini akan membantu menyimpan ingatan dalam jangka panjang," tutur Ketih.

3. Dengarkan baik-baik namanya

"Saya yakin ada banyak orang yang tidak mendengar secara akurat nama yang pertama kali mereka dengar," terang Keith. Misalnya dalam sebuah acara ramai penuh orang berbicara. Pastikan kamu tahu namanya dengan jelas.

4. Eja namanya

Tak masalah bila kamu tak yakin betul namanya kemudian minta ia mengeja nama panggilannya seperti dituturkan Direktur UCLA Longevity Center, Garry Small. "Jika namanya sulit, coba ketikkan namanya di ponsel kamu," tambahnya lagi.

5. Cari ciri khasnya

Saat pertama kali bertemu dengan seseorang kemudian berkenalan, pastikan kamu melihat wajahnya baik-baik untuk menemukan ciri khasnya. Misalnya letak tahi lalat, rambut keriting atau lurus, atau cara senyumnya. Hal-hal seperti ini mempermudah kamu untuk mengingat nama seseorang.

6. Ulangi terus namanya

Saat sudah mengetahui namanya dengan pasti ulangi beberapa kali dalam menyebut namanya. Selipkan saja dalam perbincangan kamu. "Wah, proyek pembangunan gedung ini apa terlibat juga, Mas Adit," misalnya.

Itulah 6 tips sederhana yang bisa kamu coba agar mudah mengingat nama seseorang. Semoga bermanfaat dan jangan lupa share ya sobat ngo

Khamis, 28 Januari 2016

5 macam ilmu

Lima Macam Ilmu

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata,
“Yahya bin ‘Ammar asy-Syaibani rahimahullah berkata,
Ilmu ada lima macam :
1. Ilmu kehidupan untuk agama, yaitu ilmu Tauhid.
2. Ilmu makanan bagi agama, yaitu ilmu tentang makna-makna al-Qur’an dan al-Hadits.
3. Ilmu obat bagi agama, yaitu tentang fatwa-fatwa ulama ketika terjadi pemasalahan-permasalahan yang terjadi. Sangat dibutuhkan seorang (ulama) yang bisa mengobati dari berbagai permasalahan tersebut, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu)
4. Ilmu penyakit bagi agama, yaitu ilmu kalam (filsafat), yang itu membawa perkara-perkara baru dalam agama.
5. Ilmu kebinasaan bagi agama, yaitu ilmu sihir dan semisalnya.”
Al-Fatawa 10/145

Khamis, 14 Januari 2016

Solat Istikharah


Posted: 14 Jan 2016 04:00 AM PST
5 Ganguan Syaitan Semasa Solat
Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan : Ustaz. adakah lepas solat istikarah, kita akan nampak petunjuk dalam mimpi? Bukankah mimpi itu mainan tidur. Selain dari mimpi, adakah petunjuk lain? Minta pencerahan dari ustaz. Terima kasih..

Jawapan :




Bukan semua mimpi mainan tidur kerana mimpi itu ada 3 keadaan. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya ; “Mimpi itu ada tiga, mimpi daripada Allah (mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi.”

Menurut ahli-ahli takbir, mimpi ada tiga macam:

1. Mimpi daripada Allah S.W.T. iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat, merupakan khabar gembira atau satu peringatan daripada Allah S.W.T. supaya tidak melakukan maksiat kepada-Nya. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian.” (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil. Atau mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan mala petaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.
islam itu indah

Bagaimana kita bersyukur


Ikuti tips berikut sebagai muhasabah diri masing-masing:
  

Ucapkan terima kasih

Biasakan mengucap terima kasih kepada orang lain. Ini kerana sesiapa yang sukar mengucapkan terima kasih dengan manusia tentunya akan lebih sukar berterima kasih dengan Allah.

Ingat dan senaraikan perkara remeh yang boleh kita syukuri

Telinga boleh mendengar, mata boleh berkelip-kelip, oksigen memberi nafas kehidupan, perut yang memberi kekenyangan, kaki yang boleh berjalan dan pelbagai lagi nikmat kecil yang mungkin kita lupa. Semua ini adalah perkara ‘remeh’ yang kita lupa untuk syukuri

Renungkan dan sentiasa bersangka baik dengan segala kurniaan dari Allah

Diberi pekerjaan ketika orang lain masih menganggur, dikurniakan perkahwinan ketika orang lain masih belum bertemu jodoh, dikurniakan ramai anak ketika orang lain masih berikhtiar untuk mendapatkan zuriat, semua ini adalah sebahagian dari nikmat yang patut kita syukuri. Jika belum mendapat apa yang dihajati, maka bersabarlah kerana akan tiba masanya satu hari nanti hasrat anda dikabulkan. Insya-Allah.

Ingatlah ada insan lain yang kurang bernasib baik

Disaat kita menjalani kehidupan normal seperti biasa, ada insan lain yang bersusah payah meneruskan hidup ini. Ingatlah ada insan lain yang kurang sempurna anggota badannya, mungkin juga ada yang tidak mampu bergerak dengan senangnya seperti kita. Maka bersyukurlah disaat kita lengkap segalanya.
 http://fitrihadi.com