Rabu, 24 Februari 2016

Halau Cicak


Petua Halau Cicak. Cicak adalah sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin.
Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati pada bahagian telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano.
Selain itu, cicak mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya yang sudah putus bergerak-gerak sementara waktu itu cicak akan melarikan diri.
Namun, kehadirannya di rumah pasti tidak di senangi. Cicak sering meninggalkan najisnya merata-rata. Ia juga sering mengundang kekotoran di rumah. Pasti ramai suri rumah membencinya!
6 Petua Halau Cicak
1. Cili kering
Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak hadiran cicak.
2. Bela Kucing
Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!
3. Kulit Telur Ayam
Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.
4. Bunuh Serangga
Pastinya anda mengetahui bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi anda seharusnya membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah anda tiada serangga, pastinya cicak juga tiada!
5. Jaga Kebersihan Rumah
Pastikan rumah anda sentiasa bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak.
6. Air dan Cili Api
Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak. - [sumber wom.my]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan